Thursday, August 9, 2012

Rumah hantu terbesar di dunia .

Assalamualaikum . ehemmmm .  saya masih tak tido lagi dan rajin untuk update blog :)
Tadi search kat google , tak tahu nak bercerita pasal ape . So , cari la maklumat pe2 yang boleh dkongsikan .
So , nak kongsi pasal rumah hantu terbesar di dunia . grrrrr , bile cakap soal nie sure teringat kalau pergi fun fair sure akan masok ruma hantu . pasto jerit2 , da tahu takot nak jugak masuk -.- hahaha
Zaman budak2 kan , sejak da besar nie da lame tak masok ruma hantu . Last masok ruma hantu dekat genting Highlands , yang naik kereta api to , yang ruma hantu budak2 to -.- *kantoi
Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia . Bangunan usang ini telah diubah suai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan . So , korang kena main belasah aje la jalan . tak pon bawak la GPS ke kan . hahah
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung . ade berani ke kawan ? :D kalau aku , memang awal-2 da aku tolak . memang bukan bidang aku nie -.-
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu .
See, gempak tak gempak la kan rumah hantu Jepun nie kan , Nie kalau ade kat Malaysia nie habis la ramai yang sakit jantung nie ha . Aku orang pertama yang akan membangakang kalau de kat Malaysia nie . hahaha
grrrr . ok bai .