Friday, April 26, 2013

Berjimba di Genting ♥





Hepi Birthday
Adik ke-18th
22april 




Assalamualaikum . Salam jumaat pada semua yerk .
Baca tak tweet tweet saya ? kenapa macam bengang kat someone aje kan . Memang tengah bengang kat seorang makhluk Allah nie . Tak perlu cakap sape kan . Kang sentap kang ape pulak die buat . Tak pasal terjun bangunan pulak nanti . Haha . Kat twitter da unfollow aku da , sentap pasal tweet aku la tu . AAK ?

Aku cuma tak boleh tengok kau macam ni .
Sebab kau dulu tak macam ni . Rase bersalah sesangat sebab berpihak pada die yang buat kau makan hati tapi apa boleh buat kau pon da sayangkan die walaupon kau tak pernah cakap pada aku .
Sikap , peragai , tingkah laku kau , aku tahu yang kau memang sayangkan dia .
Tapi tolong , jaga perasaan kau jugak jangan sebok jaga perasaan orang lain sampai kau makan hati tak makan lauk pulak . 

Biarla orang nak kate aku over ke , menyebok dalam hal kau ke , biarla . Mulot orang kite mane boleh tutupkan . Lain la mulut jamban tu , lepas habis membuang boleh la kite tutup and flash . Haha .

Hmm . nie sebenarnya nak update pasal pergi Genting time birthday adik tu .
Thanks a lot to adik , Syah and Zam .
Kali nie pergi Genting , semua benda lasak aku main . Gara gara dipaksa oleh Syah , so main jugak la . Time tu pon keberanian datang . Sampai tak percaya la boleh main itu ini .

Agak kurang bergambar sebab sebok sangat nak main itu ini .
Kali nie pergi enjoy gile :D




LOCATION : Genting Highlands
DATE : 22 April 2013


 The end ~ ~ ~ ~


Malam tu , balik daripada Genting kite orang pergi Titiwangsa . Syah buat suprise beli kek untuk adik . Dengan penat penat pon still jugak la buat suprise untuk adik sorang nie .
Kualiiti gambar langsung KO laaaaa . Tengok la gambar atas nie ha .

Sekali lagi , hepi birthday adik , always loveyou 
Nanti birthday kite , kite nak pergi PD boleh tak ? boleh la boleh la boleh laaa .





Semalam pergi Kampung Baru , Wan open table . Tah ape mimpi tah Wan nie nak belanja . So , pergi aje laaa . 
Terima kasih Wan belanja makan :)



Monday, April 22, 2013

Hepi Birthday Adik ♥

Update yang seringkas yang mungkin . Suda mengantuk .
Nak bangun awal , nak ke Genting Highlands esok sambut beday adik .

Adik ,
Hepi Birthday to you dear .
Always love youuuuuuuu  ♥ ♥ 

Sunday, April 21, 2013

Ibu ♥



ma 
Terima kasih untuk segala galanya ma .
Pengorbanan , kasih sayang , didikan , jagaan dan segala gala yang ma lakukan untuk membesarkan orang sampai sekarang .
Susah payah ma , berpeluh peluh menyediakan makanan , menyediakan keperluan .
Tak terhingga jasa mu ma .
Ya Allah , Kau berkati la Ibuku , Kau tempatkan la dia di dalam syurga , Ampun kan segala gala dosa dosanya , kasihani la dia seperti mana die mengasihani ku , Lindugilah die dari azab neraku Mu .
Amin .

Sayangggg ma  


Friday, April 19, 2013

KESUNGGUHAN .


Assalamualaikum .
Rase hati berbunga bunga aje update blog bile tengok gambar atas nie . Tersenyum lebar , manis . Wahhhh , senyum mu menawan kau buat hatiku tertawan ohh tertawan . Hahaha .
Kenai ka anda pada gambar di atas itu ? tahu ?
Kalau tahu ,bagus . Kalau tak tahu , meh nak bagi tahu la nie . Ok , nie Izzue Islam yang tengah hangat dalam Bunga Merah Punya tv9 , khamis 8.30pm dan Sebenarnya Dia Isteri Saya tv3 , Jumaat 9.00pm . 
See , tahu aje drama yang Izzue berlakon . Haha .
Ehhh , kite bukan nak cerita pasal dia . Saje letak gambar die sebab kite meltng gile tegnok dia . Hahaha .

Ada yang tanya pasal saya  " Lelaki yang macam mane awak nak yerk ? " .
Hmm . Lelaki macam mane yerk saya cari . Hmmmmmmm . Kalau boleh nak sebijik macam Izzue Islam nie . Nak senyum yang mencairkan nie . Hahaha . Ok , itu demand gile . Tak sedar diri muka comot nak demand macam Izzue Islam kan . Haha , arghhhhh . Peduli ape , test kite :p haha


Lelaki macam mane saya nak ? 
Semua perempuan nak lelaki yang jujur , setia pada yang satu , baik hati , susah senang bersama , blaaaaa blalalaa blalalalala kan .
Tapi de gak yang minat lelaki yang kaya , yang kacak , yang putih , yang tinggi , Ekkkkk . Ikot selera masing masing la yerk .
Tapi kalau da sayang , semua jadi buta . Right ?

Saya nak lelaki macam mane ?
Benda paling utama saya lihat pada seseorang lelaki ialah " KESUNGGUHAN " .
Kenapa " KESUNGGUHAN " ?? Kenapa dan kenapa ?
Bagi saya , " KESUNGGUHAN "  itu penting untuk menilai seseorang itu . Nak tengok orang tu berusaha untuk dapatkan kita , berusaha menyelamatkan hubungan , berusaha dengan BERSUNGGUH SUNGGUH tanpa putus asa . 
Boleh berputus asa sekirenya usaha tu da tahap maksima , tapi usaha sikit tapi da mudah putus asa . Ape kes tu ?


Contoh laa kan .
Abu : Awak , saya da jatuh hati pada awak pada kite mula kenal lagi . Sudi tak awak menerima saya ?
Aminah : Hmm . Maafkan saya , saya tak bersedia lagi .
Abu : Takpe laa kalau macam tu , tak kan la nak paksa kan .

Selepas seminggu . Tup tup Abu da de awek lain .
See , nampak tak permainan nye ?
Usaha pon tidak , pastu putus asa dan yang tak boleh blah nya ade orang baru . 
Lelaki macam nie patot  direjam saje .

Kalau mahukan sesuatu , opcos la kite kena beruasaha kan .
Macam nak beli handphone baru , sanggup tu ikat perot tak nak makan , nak simpan duet . Kena ade usaha , baru dapat ganjaran yang berbaloi . Tanpa usaha tapi nak benda yang berbaloi ? memang tak la . Dunia sekarang susah nak dapat benda free .

So , pada awak tu , Berusaha la yerk . Bile awak berusaha BERSUNGGUH SUNGGUH , keikhlasan awak tu akan terpancar laaa . Percayaa laaa .
Kalau awak anggap die la MR. Right or MRS. Right awak , so fighting for you'r love . Kejar die sehingga awak mampu bukan berhenti di tengah jalan .
Tak mencabar la kan kalau senang dapat . 

Benda yang susah awak nak dapat , susah jugak la awak nak lepaskan ,
TAPI
Benda yang senang nak dapat , sennag jua awak lepaskan .
Take note 

Thursday, April 18, 2013

Achik Kahwin ( entry bergambar )



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 
Family saya 
Achik & Kak Raihan welcome to our family .
Selamat pengantin baru :)
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥