Sunday, October 28, 2012

it's true .

kenapa la orang tak percaya yang aku ni single ?
Eshhhhh . tak kan la aku nak buat status banyak kali bagi tahu yang aku ni single . ekkkk . tak perlu la kan .
Aku memang single , nak percaya atau tak terpulang .
Malas nak kesah .


Saturday, October 27, 2012

Salam aidiladaha dan berjimba .


Assalamualaikum .
Ehhh , nampak tak to ? Gambar atas to laaa . Semangat nak raya kan , so letak laa gambar first yang berbaju kurung . Ayu gitu kan , ecececehhhhh . Opss , terpuji diri sendiri pulak .
Tak pe , sape lagi nak puji diri sendiri kalau bukan kite kan .

Da 2 hari raya aidiladha , baru nak update la kan .
Padahal da update hari Jumaat da to , tapi line lembab gile teros save kat draft .
Ni pon line ok , Alhamdulillah .
Sebelum panjang lebar aku nak bercerita nie ha .
Nak ucapkan ---> 
Selamat Hari Raya 
Aidiladha

Sukur , Alhamdulillah tadi dapat berpuasa .
Kali nie raya aidiladha tak kemana pon. Mum Abah pon tak berapa sehad .
So , lepak ruma aje laaa sambil bertweet tweet tweet .
Aku sekarang lebih suka ber tweet tweet tweet daripada berfaceboking to . Seriusly , bertweet syok gile walaupon tak ramai followers . hahaha .

Sekarang nak bercerita pasal berjimba dengan budak kelas pulak .
Pejam celik pejam celik , da nak habis belajar kan . Nanti masing2 da buat haluan sendiri . Zam pon akan ke Bangi , tinggal la aku sorang2 . Asyik kena tinggal je aku nie . menci menci menci uwaaaaaaa :'(

Ekkk , malas nak buat entry jiwang . Kang de yang sampai terlentok pulak kang .
Lepas habis kelas hari Rabu to , kite orang pergi karoke . Kat mne lagi la kan yang murah dan berbaloi , kat Redbox Lowyat . Tanye la pasal keadaan Redbox Lowyat to , semua aku tahu . bak kate Adib " wanie patot kerja kat sini je , semuanye wani nie tahu " hahahaha , betol to . Setuju !

Btw , nie first time pergi karoke dengan budak kelas .
Ingatkan aku akan malu , tapi tak . Mula2 je malu tahap monyet , lame2 terus tak segan . Siap buat konsert dengan Aifa lak to . hahaha .Bukan aku je yang tak malu , Zam pon tak malu ehh . bayangkan la Zam yang pemalu to boleh jadi tak malu , siap berduet lak to . opsss . hahahaha .

LOCATION : Kolej ypc-ItWeb
DATE : 24 October 2012
with Aifa  , suke gambar nie 
Aku nampak comel aje kan , hahahaha . buekkkkk :p
Tengokk , pakai seliper je kan . hahaa . Sempoi tak sempoi la kan .
Padahal pakai kasut pada mulanya tapi sebab kan tak selesa , agak ketat . yeahh , kasut orang kan . Terus tukar pakai seliper . ha , panjang betol aku terangkan nie .


LOCATION : RedBox Lowyat
DATE : 24 October 2012
Sungguh tragis betol dalam bilik karoke to .
Lihat , kuku kaki aku hampir patah terlanggar kasut zam ibarat kasut batu to .
Sumpah , takot gile patah . tapi selamat patah depan aje . ngeri betol -.-'
Kuku berdarah pon tak habis darah lagi , da hidung pulak buat hal . 
Ni kali kedua berdarah . first berdarah kat kolej , masok je kelas tibe2 hidung berdarah .
Lepas sembahyang asar , gie toilet and then berdarah dengan tibe2 . maybe panas kottt .
ehhh , tadi bukan aku pakai baju warna putih ke ? *tengok gambar atas tadi to*
Sejuk dalam bilik karoke to , to yang tukar baju to , macam kenal ke swether to ? pura2 tak kenal sudah la ehhh .
ehem ehemm ehemm . sakit pulak tekak nie tibe2 , hahaaha :p


Keluar je karoke to , boleh lak hujan lebat gilee kat luar . Baru plan nak makan kfc kat Sg.wang . Suka makan kfc dekat Sg.wang to , tah kenapa tah .
Tapi hujan lebat gile . satu hari lak to tak makan . terpkasa ah lepak foodcourt Lowyat dulu .
Lepas sembahyang , borak2 , ketawa2 , gosip2 , mengumpat2 ,  hujan pon berhenti . Syukur syukut syukur . 
Dapat makan kfc jugak :D

Da lame tak keluar and balik sampai malam , agak lewat jugak la balik hahahaha .
Bile balik je and tengah sedop bergolek atas katil , hidung buat hal balik . Berdarah dan berdarah lagi . Naik fed up betol . kang kurang darah kang , sape pulak la nak menderma nanti -.-'

Kesimpulanya , *da macam buat karangan da* hepi dapat berkaroke dengan budak kelas . Walaupon suara tak sedap tapi still enjoy , dapat gelak2 , dapat tengok orang to berduet , dapat rase macam mane teman membe berdating dan aku pulak berseorang ,  enjoy sangat .
Terima kasih korang 

Rase membazir pulak .
Lepas nie kalau berdarah lagi , nak tadah . boleh jugak menderma kan . hahaha .
Saya rasa saya comel :D
Tolong jangan ade yang muntah pulak ehhh . haha




Wednesday, October 24, 2012

Sunday, October 21, 2012

Hepi Birthday :)

Anwar Abdul Rahman
Assalamualaikum awak , Selamat Hari Jadi awak
Semoga panjang umo .
Sehad selalu .
Murah rezeki , hidup diberkati Allah Swt .
Bahagia dengan family tersayang dan si dia ehhh .
nah awak --> 




Saturday, October 20, 2012

movie time .


Assalamualaikum Cinta , Walaikumsalam Rindu .
Diri sendiri yang bagi salam dan diri sendiri jugak yang jawab salam . 
Harap2 line tak buat hal , jangan la buat hal , tolong laa broadband sayangg oii , jangan la merajok . Da lame tunggu upload gambar nie . Laptop pon da suka merajok nie . Sekejap off , eshhhh . Semua nak merajok , aku je yang pujok . Bile lak korang nak pujok aku nie ha ? ekkkk .  Akhirnye , boleh jugak menaip . Yepiieeee .

Nak update pasal tengok wayang . Minggu nie dua kali tengok wayang , semalam to orang yang belanja . So , boleh laa berkongsi cerita ape yang aku tengok .
First movie tengok hari Rabu dekat Times Square . Teman zam beli kasot , so alang2 to tengok la wayang .

Tiket murah ape hari Rabu kan , so bagi yang berketurunan Haji Bakhil to atau yang taik hidung masin to kan , boleh la tengok movie hari Rabu , JIMAT ! Tengok cerita Aku Terima Nikahnye . 

Aku terma nikahnye nie not bad la jugak , mule2 rase bosan tapi nak akhir to mampu buat air mata menitis kalau di hayati serta fokus dengan betol .
Cube teka , aku nangis ke idak ? hahaha

LOCATION : Times Square 
DATE : 17 october 2012 (Rabu)
  
Sinopsis :
Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu. 
RATING :

Sinopsis die memang pendek gile , nie pon search kat Encik Google . Kalau nak tahu dengan lebih lanjut dan terperinci , korang tengok laa sendiri .
Kejap , cadangan aku kan it's better korang tengok dengan BF korang , kalau de BF laaa . Macam aku tengok dengan BFF , memang kureng sikit laa feeling to .

Kalau nak pergi Times Square daripada Kolej , da pandai naik teksi da .
Sejak da ber BB nie , da pandai bawak plag cas da nie . Mane2 yang de plag , terus cas BB . Biase la kan bateri Bb kan macam Baby , kena bagi susu bile merengek . ekkkk . Cam salah aje persamaan to . belasah aje laaa .



LOCATION : Wangsa Walk
DATE : 19 Octiber 2012 (Jumaat)


Sinopsis : 
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.

Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.

Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.

Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?
RATING :

Nie semalam baru tengok , baru jugak laa tengok . Cerita aksi .
Pada mula nya , tak minat nak tengok cerita nie tapi lame2 boleh lak layan sebab cerita nie bukan aksi saje , ade komedi jugak .
Boleh ketawa2 jugak laa tengok cerita nie . Nie pon tengok wayang orang belanja .
Terima Kasih ehhh :)

Da rase macam pengulas la pulak , dok komen sana sini lak . hahahha .
Sesekali jadi wartawan tak terlatih kan . Rajin pulak aku menaip nie ha .
Terima kasih laptotp serta broadband sebab tak buat hal time aku rajin menainp nie , yelaaa yelaa yelaaa , sayang korang . Cukup ? haha .

" Jangan benci EX kita, kelak kita akan merinduinya. Kenangan memang takkan hilang walaupun dah lama. Sekali teringat mesti mengalir airmata. "