Saturday, October 20, 2012

movie time .


Assalamualaikum Cinta , Walaikumsalam Rindu .
Diri sendiri yang bagi salam dan diri sendiri jugak yang jawab salam . 
Harap2 line tak buat hal , jangan la buat hal , tolong laa broadband sayangg oii , jangan la merajok . Da lame tunggu upload gambar nie . Laptop pon da suka merajok nie . Sekejap off , eshhhh . Semua nak merajok , aku je yang pujok . Bile lak korang nak pujok aku nie ha ? ekkkk .  Akhirnye , boleh jugak menaip . Yepiieeee .

Nak update pasal tengok wayang . Minggu nie dua kali tengok wayang , semalam to orang yang belanja . So , boleh laa berkongsi cerita ape yang aku tengok .
First movie tengok hari Rabu dekat Times Square . Teman zam beli kasot , so alang2 to tengok la wayang .

Tiket murah ape hari Rabu kan , so bagi yang berketurunan Haji Bakhil to atau yang taik hidung masin to kan , boleh la tengok movie hari Rabu , JIMAT ! Tengok cerita Aku Terima Nikahnye . 

Aku terma nikahnye nie not bad la jugak , mule2 rase bosan tapi nak akhir to mampu buat air mata menitis kalau di hayati serta fokus dengan betol .
Cube teka , aku nangis ke idak ? hahaha

LOCATION : Times Square 
DATE : 17 october 2012 (Rabu)
  
Sinopsis :
Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu. 
RATING :

Sinopsis die memang pendek gile , nie pon search kat Encik Google . Kalau nak tahu dengan lebih lanjut dan terperinci , korang tengok laa sendiri .
Kejap , cadangan aku kan it's better korang tengok dengan BF korang , kalau de BF laaa . Macam aku tengok dengan BFF , memang kureng sikit laa feeling to .

Kalau nak pergi Times Square daripada Kolej , da pandai naik teksi da .
Sejak da ber BB nie , da pandai bawak plag cas da nie . Mane2 yang de plag , terus cas BB . Biase la kan bateri Bb kan macam Baby , kena bagi susu bile merengek . ekkkk . Cam salah aje persamaan to . belasah aje laaa .



LOCATION : Wangsa Walk
DATE : 19 Octiber 2012 (Jumaat)


Sinopsis : 
PE3 mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry.

Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka.

Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat.

Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang.

Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?
RATING :

Nie semalam baru tengok , baru jugak laa tengok . Cerita aksi .
Pada mula nya , tak minat nak tengok cerita nie tapi lame2 boleh lak layan sebab cerita nie bukan aksi saje , ade komedi jugak .
Boleh ketawa2 jugak laa tengok cerita nie . Nie pon tengok wayang orang belanja .
Terima Kasih ehhh :)

Da rase macam pengulas la pulak , dok komen sana sini lak . hahahha .
Sesekali jadi wartawan tak terlatih kan . Rajin pulak aku menaip nie ha .
Terima kasih laptotp serta broadband sebab tak buat hal time aku rajin menainp nie , yelaaa yelaa yelaaa , sayang korang . Cukup ? haha .

" Jangan benci EX kita, kelak kita akan merinduinya. Kenangan memang takkan hilang walaupun dah lama. Sekali teringat mesti mengalir airmata. "