Wednesday, July 17, 2013

Selamat Berpuasa :)



Assalamualaikum awak dan awak semua laaa. Da puasa yang ke lapan da kan dan barula aku nak ucapkan Selamat Berpuasa, haha.
almaklum laa suri rumah kan, banyok keje yang kena buat. Lagi lagi bulan puasa lagi laa banyak kejo nak di buatnya. Masak sahur, masak untuk berbuka lagi sampai tak sempat nak update blog nie.
Alahaaaaaaaaaaaaai, rindunya nak rajin cam dulu kala update blog jeee . huhu

Pada semua umat islam, Selamat Berpuasa pada tahun nie, 2013. Semoga bulan Ramadhan kali nie lebih bermakna bagi awak semua yerk :)

Hmmm, Sebelum tuu. Cukup seminggu Arwah Pakcik yang aku panggil ' Pakwe ', abang kepada abah aku. Al-Fatihah.
Minggu lepas, isnin balik kampung nak melawat Pakwe kat Hospital Ipoh. Malam Isnin tuu balik kampung dengan Along Kak long Adik, sampai kampung dalam pukul 5am camtuuu. So, dalam plan nak melawat Pakwe selasa tu la, tengah hari gerak daripada kampung tapi tak kesampaian sebab Pakwe da meninggal.
Hmm, rase sebak sebab tak sempat nak pergi melawat, niat memang ade tapi tak kesampaian, ajal da sampai :(

Teringat pasal Arwah Pakwe, riuh rendah Pakwe. Suka mengusik aku. Ayat die sebelum die terlantar kat hospital ' Wanie, jangan makan laksa tapi makan mee rebus. Mee rebus sedap ' tu la ayat last yang Arwah sempat gurau dengan aku :')
Sekarang da takde Pakwe kat kampung tuuu, terasa sunyi dan kemungkinan raya tahun nie hanya beraya di KL sahaja :')

 
" Ya Allah, Kau tempatkan la Arwah di kalangan golongan yang kau kasihi Ya Allah. Ya Allah, Kau ampunkan la dosa dosanya "
Al-Fatihah pada Arwah Yahya Bin Ibrahim. .


16Julai, Balik daripada terawih.


Bulan puasa kali nie, ade jugak rase kelainannay. Takde la nak le Genting Highlands time puasa cam gini. Hahah. 
Lepas nie, kalau aku update blog, aku akan update pasal convo aku yerk. Tak sabar nak kongsi gambar gambar convo aku yang comel molek tuuu. Hahah

Pada awak, Saya rindu awak . Rindu waktu kita rapat sangat time dulu :')